Minggu depan insya-ALLAH anak anak murid aku di Sekolah Pekan Pitas II akan menghadapi peperiksaan semester mereka yang pertama......alhamdulillah setelah tiga bulan aku datang di sekolah itu....aku cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu dan mengajar ilmu dan pengetahuan kurniaanNYA kepada mereka dengan penuh sabar..oppsss..kadang kala terhilang juga sabar aku.....masih teringat aku bagi ceramah kat budak tahun 6 kelas aku kerana ramai yang gagal dalam gerak gempur yang pertama.....
Masih sangat ramai antara anak-anak murid di sekolah aku dan boleh dikatakan sekolah lain juga mengalami maslaah yang sama.......masih lemah dan perlu dibentuk semula walaupun sudah menjadi buluh kerana rebung yang tidak kuat dan utuh....
Penguasaan terhadap whole number dan basic operation masih agak lemah dan sangat perlu diperbaiki......insyaALLAH aku akan buat yang terbaik.....maaf anak-anak murid ku kerana terkadang dalam didikan ku terdapat suara yang tinggi, marah dan cubitan yang tidak aku sengaja demi untuk mendidik kamu menjadikan manusia seorang manusia....
Cabaran seorang guru bukan mudah......kata orang "jadi cikgu senang, balik awal...time cuti sekolah panjang cutinya...."...sungguh indah kata kata itu....but one you enter that field...you will know how true that phrase......proses memanusiakan manusia perlu dengan pelbagai persediaan daripada semua aspek kehidupan.....
Semoga tabah dan bersemangat semua guru-guru di Pekan Pitas II tidak terkecuali semua guru-guru di Malaysia....Selamat Berjaya anak-anak murid ku semua..moga segala ilmu bermanfaat buatmu meneruskan kehidupan......
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


