Thursday, November 10, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 12 : Pelancaran Susu 1 Malaysia

Fuh.......dah lama tak mengarut dalam enti nie...so ri nie sambil tengah sakit2 nie nak update beberapa entri dan pics yang menarik dan tok menyemakkan blog aku nie...bereh....tak tahulah mengapa dan kenapa pelancaran  susu 1 Malaysia ini dilaksanakan setelah sekian lama ia dilaksanakan di seluruh Malaysia....mungkin kekangan masa dan tenaga yang menyebabkan ianya ditangguhkan...alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sedikit sebanyak ada perkara yang perlu diperbaiki...banyak aku belajar dalam bagaimana menguruskan sesebuaah majlis...walau hanya tolong tolong mana yang mampu tapi semua segi perlu diambil kira bukan untuk mengelakkan "orang berkata" tetapi demi memastikan majlis lancar lah bha...think positive....huhuhu...

Sempena majlis ini...sekolah aku selaku tuan rumah kene urus macam macam...almaklumlah...pucuk pimpinan kan MANTOOP...jadi YMP lah jawabnya....tapi itu bukan persoalannya...tapi seronok pulak neok kanak-kanak nie berpakaian mengikut budaya dan adat masing masing....apatah lagi konsep 1 Malaysia perlu diterapkan dari semasa ke semasa...so layan jerklah gmbo gmbo nie...huhuhu...pagi-pagi budak budak nie dah serang bilik guru dengan pakaian dan posing masing masing...so layannnnnnnnn..

Pakaian masyarakat dusun ke bajau tah...lupo...

dengan dak daniel n elizabeth...last day bagi elizabeth...dia nak pindah sarawak...huhu

Cacamerba Warna dan Jenis Pakaian..hahha

Adik Virginie...
Dengan si Awang...
seronok neok budak budak nie buat perembahan lagu 1 Malaysia...dalam masa yang singkat rebung yang  semakin meningkat dewasa yang terdiri dari murid tahun 6 kebanyakkannya masih boleh dilentur...huhuhu....syabas Kak Elnie yang gigih mengajar dan melatih murid murid ini walaupun sedang sarat mengandung....roger n out!!!

Tuesday, October 25, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 11 : Gelagat Musim Peperiksaan

Alhamdulillah sesi persekolahan kian melabuhkan tirainya....semua guru sedang sibuk dengan pelbagai tugaasan dengan menanda kertas peperiksaan, key in markah, bincang kertas soalan dengan SAPS nya dengan e-laporannya...haha.....semua nya perlu diselesaikan sebelum cuti hujung tahun menjelma tiba....

Minggu yang lalu sekolah aku macam biasalah dah habiss study..silibus pon dah Khatoom...apa lagi budak budak pon periksa lah untuk hujung tahun...haha....macam macam lah gelagat budak mengambil peperiksaan...ada yang seronok...gembira tak kurang yang tertidur agaknya...mungkin kerana senang sangat kot soalan tu...hopefully...hehe.....nia ada gmbar nak kongsi..huhu..kelakau pon adaa jugak...haha..hai anak anak murid ku....
huhu.......lena budak nie tidoq....


tekun hingga ke titisan pena yang terakhir

jangan tekan sangat tulis jwapan tu dik oooiii...
Tengok gelagat murid murid nie ambil peperiksaan, terimbau dulu masa tengah amik exam kat maktab tu.....blajo kumpulan...group study...huhu....pahtu hentam dalam exam...selesai exam..press EX5 broooommm pergi kampung baru melantak bagai nak gila...bosan2..pergi Putrajaya merempit dengan member baik sampai tengah pagi....sampai kene halau dengan polis...hahaha...nak buat keje gila sikit..pergi UIA..huhu..masa tu dengar kuliah Ustazah Siti Norbahyah dengan suaminya yang tercinta....peh..hebat....smpai lah habis maktab...gitu ar...pantang ada event yang boleh masuk dalam pale...roger n hello jah...hahaha.....really miss that moment..

Monday, October 10, 2011

~: : Mutiara Hikmah : : ~

Ketika diriku bercermin dikaca, aku menjadi MALU..kulihat PAKAIAN yang berjilbab putih, itulah diriku..tapi nyatanya HATI dan TINGKAH LAKU KU belum sesuai dengan pakaianku..

Sering MEYAKITI INSAN..
Menderhakai SURUHANMU..
Berbuat KEJAHATAN.. 
IRI HATI sesama insan..
Sukar melakukan ISTIQAMAH..
DOSAKU makin menggunung TINGGI..
 
Ya ALLAH, sungguh aku MALU padaMu kerana belum MAMPU menjadi HAMBA yang terbaik..:'(

Kembara Pitas CAPSULE 10 : Teladani Kepintaran Seekor Penyu

Gempar!!! Terkezut!!! Takjub!!

Penuh tanda tanya dan rasa takjub dengan apa yang telah disaksikan minggu lalu seekor makhluk ciptaan ALLAH telah mendarat di pantai Kampung Pinggan-Pinggan, berdekatan dengan rumah aku...Entry kali nak kongsilah sedikit rasa untuk tatapan insan yang mahu menilai dgn mata kasar apa lagi yang hakiki..huhu....

Minggu lepas....seawal jam 6 pagi kami geng-geng pinggan-pinggan siap sedia nak turun g Kota Kinabalu maklumlah gajis baru jah keluar bha...mau lah juga membeli apa yang patut dan tak patut dibeli...ironinya...kami gerak dua buah kereta..huhu...selalu naek satu kereta ja....gamai kali..hehe...lepas je keluar nak g amik salah seorang membe kat umah dia...Ustaz talipon Syed kata ada PENYU kat pantai...apa lagi...kami terus bergegas ke tempat kejadian....huhu

Subhanallah.....huhu..terpana seketika melihat seekor penyu yang besau lah jugak baru mahu pulang ke laut selepas bertelur di pantaisedang berusaha bertarung nyawa untuk menuju ke laut semula dan untuk mengelak manusia yang kadangkala sukar diduga kekejamannya...huhu....

Penyu ini berusaha untuk kembali ke laut
Jadi..aku pon apa lagi..ambillah kesempatan untuk peta gambar mana yang sempat sementara sempat..mana yang sempat posing tu kami peta lah gambar...dapatlah beberapa tuk buat kenangan dan renungan bersama..

Wif Ustaz Zakri dan Taufiq

Dengan Taufiq dan Khairul
Apa yaaaang menariknya ialah di sini kepintaran penyu ini dalam memilih lokasi untuknya bertelur..apa tidaknya ia meninggalkan banyak jejak memandu manusia untuk bertemu dengan lokasi nya bertelur namun ke semua lokasi tersebut pada dasarnya hanyalah helahnya untuk tidak tewas di tangan seorang insan bernama manusia..

Ibrah yang mungkin boley di ambil ek..huhu...neok sekarang orang sibuk buang anak...tak nak anak...anak luar nikah..nauzubillah...hurm...tapi bila direnung ke dalam mata penyu ini di pastinya bertemu dengan hakikat kasih ibu dalam memastikan keselamatan anaknya untuk melihat dunia...kita manusia??...dah selamat bayi2 yang tidak dikehendaki lahir melihat dunia dibuang merata-rata sebelum sempat diberikan nama bayi ini...Ya ALLAH rakusnya manusia kan...entahlah...apa nak jadi dengan manusia zaman mutakhir ini...

Apapun...wlau kita bukan tak sebaik mana...namun saban hari perlu didik diri, hati dan iman menjadi yang lebih baik dan mendapat keredhaan ALLAh suatu hari nanti..amin...

Friday, September 23, 2011

Law Kana Bainana

Kali nie juz nak kongsi sebuah lagu Arab yang entahlah bila dengar dan hayati seni katanya...tertusuk jiwa yang sedang gersang mengharap mardhatillah ini...kalau dengar lagu sorang2..kadangkala boley menitiskan air mata...mungkin sediy mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan..terasa sayu mendengar muziknya yang walau agak mendayu tetapi dapat membawa pendengar untuk berfikir dan terfikir akan hakikat Kekasih Allah yang tiada tandingannya....

Law Kana Bainana........Andai Kau (Nabi Muhammad S.A.W) ada di kalangan kami...trentunya aman hidup di dunia ini.....Subhanallah..andai Baginda masih ada di sisi kita tatkala ini pastinya tidak akan ada kerosakan demi kerosakan berlaku dihidangkan di seluruh dunia tatkala ini....pastinya segalanya pasti indah dan hidup terasa penuh keimanan dan ketakwaan .....

Law Kana Bainana...Tentunya pemimpin kita pada hari ini tentunya hidup dan memerintah berlandaskan syariat Islam yang tiada cacat celanya....tidak akan pertelagahan antara pemimpin mutakhir ini...tidak akan ada manusia bertikam lidah mencari "kambing hitam" untuk setiap isu yang merupakan hanya retorik belaka....tidak akan ada lagi isu bertikam lidah sebaliknya bersatu padu memajukan diri masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.....

Law Kana Bainana....pastinya tiada kemaksiatan berlaku di setiap pelusuk corong tempat di dunia ini...tiada lagi zina...pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.tiada lagi aurat terdedah sana sini...perempuan semakin menjaga adab dan menjaga batas batas mereka secara total....tiada lagi budaya hedonisme di canang sana sini menjajah fikiran hamba hambanya..nauzubillah....tiada lagi segala macam perkataan yang sinonim dengan kerakusan hawa nafsu yang tidak pernah puas!!

Law Kana Bainan..tentunya tiada lagi penindasan di kalangan umat Islam....tiadalagi penyeksaan umat Islam berlaku di Bosnia....Di Iraq...Di bumi Palestin...tiada lagi teragutnya nyawa hamba ALLAH yang tidak berdoasa kerana terkorban menegakkan nama ALLAH di bumi mereka sendiri....tentunya Islam menjadi sebuah agama dan masyarakat yang paling di segani seantero dunia.....


Law Kana Bainana....ingin aku berjumpa dengannya..ingin aku khabarkan apa yang aku alami..ingin aku adukan apa yang tersurat di sebalik tersurat..ingin aku dapatkan jawapaan untuk segala persoalan yang acap menerjah ruangan fikiran menagih seribu satu jawapan yang tidak pernah kunjung tiba....mengembara dunia mencari ketenangan dalam melayari sebuah hidup bernama KEHIDUPAN.....

P/s Betapa indahnya seorang Kekasih ALLAH ini..walau bersifat maksum namun bibirnya tidak pernah lekang daripada memohon istigfar kepada Allah...Subhanallah hinanya kita sebagai manusia kerdil di bumi waqafan ini......Apa tidaknya....kita manusia yang diciptakan dari setitis air mani yang hina masih bermegah megah menelusuri dunia, ibarat tiada akhirat dan balasan yang menanti setiap tingkah yang dilakukan...mulut tidak pernah dan jarang di basahi dengan zikrullah....bibir tidak pernah basah dalam mengalunkan setiap ayat KurniaaNnya.....macam macam perkara kita terlepas pandang untuk lakukannya....moga moga kita tidak tergolong dalm glongan ini...Amin..........