Thursday, November 10, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 13 : Kem 1 Murid 1 Sukan

Biasalah..kita hanya pelaksanaan dasar yang menurut apa pucuk pimpinan mahukan...tidak kira lah program tersebut mempunyai negatif dan positif namun ianya harus tetap dilaksana gi mana pon caranya...huhu...minggu lepas aku kene jadi guru pengiring untuk program 1 Murid 1 Sukan peringkat Daerah Pitas bertempat di Dataran  Bengkoka berdekatan dengan rumah aku..huhu..berkampung 3 ari kat situ.....tahlah...macam kecewa gak nak pergi program nie ye ar dah plan baik ngan member serumah nak g Kota Kinaballu...so...at last...demi tanggungjawab dan amanah terpaksa korbankan trip...huhu...takper2 mungkin ada hikmah..biasolah tu...
makin jadi tumpuan Dataran Bengkoka sekarang...

Sangat banyak yang perlu diperbaiki...bukan aku sorang tetapi rata rata semua guru pengiring merungut akan pengurusan yang tangkap muat dan kucar kacir sehingga kaburnya matlamat dan tujuan asal menjalankan kem ini...nak cakap banyak pon aku bukan bagus sangat n silap silap kene banned aku kalu orang terbaca post nie....ke nak amalkan prinsip roomate aku ""Haboootlah"" bereh lah....

Pertamaya...huhu....berkenaan dengan solat...perkara yang amat penting tak kiralah walau hanya ada seorang peserta beragama Islam...kita agama rasmi Islam..so siapa pon tidak boleh pertikaikan akan isu ini..bukan lah nak berlagak seperti ustaz juga tidak mahu mendabik dada menidakkan apa yang berlaku namun rasa serba salah jugak apabila pada hari pendaftaran...semua murid Islam di situ kebanyakkannya tidak solat...apa tidaknya tidak ada ruang langsung untuk kami bersolat tambahan pula pihak pengurusan kurang menitikberatkan pada awalnya...tak senang duduk aku dibuatnya...tetiba ada seorang pihak pengurusan datang kat aku..huhu....

"Ustaz...tolong uruskan hal solat budak-budak nie ye.."
"Pertama saya bukan ustaz...tapi saya boleh tolong uruskannya"..huhu...


Aku pon apa lagi..ajak member selaku JU kat situ..si zaid g cari tikar,dsbnya....teringat aku kat dataran ada sebuah surau gasanya...kami pon pergi surau dan menyedihkan..surau tersebut penuh dengan tahi cicak menunjukkan hanya tahu membina namun tidak tahu menjaga pihak yang dipertanggungjawabkan,..akhirnya semuanya berjalan lancar...ada lagilah banyak perkara pihak perlu perbaiki dari semasa ke semasa..

Isk2....payahnya kalau kita tidak laksanakan tangungjawab yang diamanahkan kita nanti..tak kira kecil ke besar...selagi diberi amanah perlu dijalankan sebaik mungkin...apa pun natijah biarlah Dia yang beri penilaian...tol tak kengkawan??...huhuhu...
Bersama sama guru pengiring yang lain

Apapon seronok jugak dapat g kem nie..ada jugak positif dia bro...tak eloklah nak kabo yang tak elok jah...huhu...first dapat kenal dengan gamai guru guru dari sekolah yang lain...huhu...hurm ada kenal dengan sorang ustaz nie..Ustaz Ahmad dari Sk Malubang...banyak nasihat dan tunjuk ajar diberikan kepada aku..banyak lepak dengan dia ar masa Kem nie...huhu...teringat kata kata dia...di mana kita berada pon...kita kene tonjolkan Islam..mana tahu ada orang terbukak hati nak kenal Islam berdasarkan apa yang kita buat dan sebagainya...huhu...mantop...di samping tu...dapat jugak aku blajar manuk manuk dan sumazau...huhu...layan jerk bha...
Bersama guru pengiring dan peserta kumpulan 5

Guru Pengiring bersama anak buahnya...edzhar, gray, zarida n kerol

Dengan GPK Kokurikulum
Secara keseluruhannya...huhu....seronok, mantop..namun perlu diperbaiki dari segi pengurusan dan pelaksanaannya....zazzzzzzzzz...


Kembara Pitas CAPSULE 12 : Pelancaran Susu 1 Malaysia

Fuh.......dah lama tak mengarut dalam enti nie...so ri nie sambil tengah sakit2 nie nak update beberapa entri dan pics yang menarik dan tok menyemakkan blog aku nie...bereh....tak tahulah mengapa dan kenapa pelancaran  susu 1 Malaysia ini dilaksanakan setelah sekian lama ia dilaksanakan di seluruh Malaysia....mungkin kekangan masa dan tenaga yang menyebabkan ianya ditangguhkan...alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sedikit sebanyak ada perkara yang perlu diperbaiki...banyak aku belajar dalam bagaimana menguruskan sesebuaah majlis...walau hanya tolong tolong mana yang mampu tapi semua segi perlu diambil kira bukan untuk mengelakkan "orang berkata" tetapi demi memastikan majlis lancar lah bha...think positive....huhuhu...

Sempena majlis ini...sekolah aku selaku tuan rumah kene urus macam macam...almaklumlah...pucuk pimpinan kan MANTOOP...jadi YMP lah jawabnya....tapi itu bukan persoalannya...tapi seronok pulak neok kanak-kanak nie berpakaian mengikut budaya dan adat masing masing....apatah lagi konsep 1 Malaysia perlu diterapkan dari semasa ke semasa...so layan jerklah gmbo gmbo nie...huhuhu...pagi-pagi budak budak nie dah serang bilik guru dengan pakaian dan posing masing masing...so layannnnnnnnn..

Pakaian masyarakat dusun ke bajau tah...lupo...

dengan dak daniel n elizabeth...last day bagi elizabeth...dia nak pindah sarawak...huhu

Cacamerba Warna dan Jenis Pakaian..hahha

Adik Virginie...
Dengan si Awang...
seronok neok budak budak nie buat perembahan lagu 1 Malaysia...dalam masa yang singkat rebung yang  semakin meningkat dewasa yang terdiri dari murid tahun 6 kebanyakkannya masih boleh dilentur...huhuhu....syabas Kak Elnie yang gigih mengajar dan melatih murid murid ini walaupun sedang sarat mengandung....roger n out!!!

Tuesday, October 25, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 11 : Gelagat Musim Peperiksaan

Alhamdulillah sesi persekolahan kian melabuhkan tirainya....semua guru sedang sibuk dengan pelbagai tugaasan dengan menanda kertas peperiksaan, key in markah, bincang kertas soalan dengan SAPS nya dengan e-laporannya...haha.....semua nya perlu diselesaikan sebelum cuti hujung tahun menjelma tiba....

Minggu yang lalu sekolah aku macam biasalah dah habiss study..silibus pon dah Khatoom...apa lagi budak budak pon periksa lah untuk hujung tahun...haha....macam macam lah gelagat budak mengambil peperiksaan...ada yang seronok...gembira tak kurang yang tertidur agaknya...mungkin kerana senang sangat kot soalan tu...hopefully...hehe.....nia ada gmbar nak kongsi..huhu..kelakau pon adaa jugak...haha..hai anak anak murid ku....
huhu.......lena budak nie tidoq....


tekun hingga ke titisan pena yang terakhir

jangan tekan sangat tulis jwapan tu dik oooiii...
Tengok gelagat murid murid nie ambil peperiksaan, terimbau dulu masa tengah amik exam kat maktab tu.....blajo kumpulan...group study...huhu....pahtu hentam dalam exam...selesai exam..press EX5 broooommm pergi kampung baru melantak bagai nak gila...bosan2..pergi Putrajaya merempit dengan member baik sampai tengah pagi....sampai kene halau dengan polis...hahaha...nak buat keje gila sikit..pergi UIA..huhu..masa tu dengar kuliah Ustazah Siti Norbahyah dengan suaminya yang tercinta....peh..hebat....smpai lah habis maktab...gitu ar...pantang ada event yang boleh masuk dalam pale...roger n hello jah...hahaha.....really miss that moment..

Monday, October 10, 2011

~: : Mutiara Hikmah : : ~

Ketika diriku bercermin dikaca, aku menjadi MALU..kulihat PAKAIAN yang berjilbab putih, itulah diriku..tapi nyatanya HATI dan TINGKAH LAKU KU belum sesuai dengan pakaianku..

Sering MEYAKITI INSAN..
Menderhakai SURUHANMU..
Berbuat KEJAHATAN.. 
IRI HATI sesama insan..
Sukar melakukan ISTIQAMAH..
DOSAKU makin menggunung TINGGI..
 
Ya ALLAH, sungguh aku MALU padaMu kerana belum MAMPU menjadi HAMBA yang terbaik..:'(

Kembara Pitas CAPSULE 10 : Teladani Kepintaran Seekor Penyu

Gempar!!! Terkezut!!! Takjub!!

Penuh tanda tanya dan rasa takjub dengan apa yang telah disaksikan minggu lalu seekor makhluk ciptaan ALLAH telah mendarat di pantai Kampung Pinggan-Pinggan, berdekatan dengan rumah aku...Entry kali nak kongsilah sedikit rasa untuk tatapan insan yang mahu menilai dgn mata kasar apa lagi yang hakiki..huhu....

Minggu lepas....seawal jam 6 pagi kami geng-geng pinggan-pinggan siap sedia nak turun g Kota Kinabalu maklumlah gajis baru jah keluar bha...mau lah juga membeli apa yang patut dan tak patut dibeli...ironinya...kami gerak dua buah kereta..huhu...selalu naek satu kereta ja....gamai kali..hehe...lepas je keluar nak g amik salah seorang membe kat umah dia...Ustaz talipon Syed kata ada PENYU kat pantai...apa lagi...kami terus bergegas ke tempat kejadian....huhu

Subhanallah.....huhu..terpana seketika melihat seekor penyu yang besau lah jugak baru mahu pulang ke laut selepas bertelur di pantaisedang berusaha bertarung nyawa untuk menuju ke laut semula dan untuk mengelak manusia yang kadangkala sukar diduga kekejamannya...huhu....

Penyu ini berusaha untuk kembali ke laut
Jadi..aku pon apa lagi..ambillah kesempatan untuk peta gambar mana yang sempat sementara sempat..mana yang sempat posing tu kami peta lah gambar...dapatlah beberapa tuk buat kenangan dan renungan bersama..

Wif Ustaz Zakri dan Taufiq

Dengan Taufiq dan Khairul
Apa yaaaang menariknya ialah di sini kepintaran penyu ini dalam memilih lokasi untuknya bertelur..apa tidaknya ia meninggalkan banyak jejak memandu manusia untuk bertemu dengan lokasi nya bertelur namun ke semua lokasi tersebut pada dasarnya hanyalah helahnya untuk tidak tewas di tangan seorang insan bernama manusia..

Ibrah yang mungkin boley di ambil ek..huhu...neok sekarang orang sibuk buang anak...tak nak anak...anak luar nikah..nauzubillah...hurm...tapi bila direnung ke dalam mata penyu ini di pastinya bertemu dengan hakikat kasih ibu dalam memastikan keselamatan anaknya untuk melihat dunia...kita manusia??...dah selamat bayi2 yang tidak dikehendaki lahir melihat dunia dibuang merata-rata sebelum sempat diberikan nama bayi ini...Ya ALLAH rakusnya manusia kan...entahlah...apa nak jadi dengan manusia zaman mutakhir ini...

Apapun...wlau kita bukan tak sebaik mana...namun saban hari perlu didik diri, hati dan iman menjadi yang lebih baik dan mendapat keredhaan ALLAh suatu hari nanti..amin...