Hanya Cebisan Tinta Buat Tatapan Dan Ingatan Yang Sering Alpa dan Terleka Dalam Menelusuri Sebuah Bahtera Kehidupan
Tinta Ini Hanya Luahan Dan Tafsiran Dari Kaca Mata ini Yang Belum Pasti Kesahihan dan Kebenaranya...
Moga Menjadi Peringatan Buat Diri dalam Memaknakan Sebuah KEHIDUPAN
Alhamdulillah........16 Mei yang lalu....sekali lagi tiba Hari Guru sebagai menghargai jasa jasa guru guru di Malaysia kerana pengorbanan memanusiakan manusia sehingga habis baik....menjadi insan yang boleh memberi sumbangan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya..
Macam biasalah.....nama pun Hari something...sah sah lah ada majlis.....ada ucapan dan persembahan dan apa yang penting JAMUAN...proses memakan atau mentahdarah yang amat aku minati..iaitu sindrom MAKAN...hahhahaha........so nie sedikit gmbar coret coret Hari Guru 2012 SK Pekan Pitas II..huhu...zzzzzzzz
Murid murid bersalaman dengan guru-guru SKPPII.....seronok murid memberi hadiah dan kad ucapan kepada guru guru yang mereka kagum di hati mereka
Adik Syuhada memberi kad ucapan buatan sendirinya kepada PK Hem, Kak Sinazin
Semua kaum ibu bergambar...amik berkat kaum ibu yang setiap hari sentiasa berusaha mencari jodoh untuk ku..haha.....sero takut dibuatnya...hehe.....
Special requestku ditunaikan oleh Ustazah Hamidah...thanks ustazah...dapat gak makan ambuyat dengan sambal sardin....alhamdulillah....
Kek kek yang menjadi buruan santapan perut kami semua....huhu
Dalam dalam banyak kad ucapan yang aku dapat...ada satu hadiah yang
cukup agak terharu..kelakar pon ada.....seorang anak murid yang masih
tidak boleh membaca dan mengira dan sering kene marah dengan aku smpi
menangis...dia bagi sebungkus MAGGI SEDAAAAAAAAAAAPP/........peh..macam
taw taw jer aku suka Maggi Sedaapp.....huhu....dibungkus cukup cantik dengan kertas surat khabar sambil ada ucapan diatasnya....tak tahulah dia soh siapa yang tulis...huhuhu...aku hargai usahanya =p....moga kau cepat boleh membaca dan mengira....Amin...
MAGGI SEDAP....
Bekas Murid-murid Tahun 6 2011 pon datang membuat kejutan untuk semua guru...haiiii......
Selamat Hari Guru 2012
"Pesan pada diri : semoga terus tabah dan bersemangat untuk berjuang mendidik manusia dan menjadikan manusia itu manusia seadanya...Amin"
Hurm...masih terngiang lagi pengisian khutbah jumaat yang lalu bertajuk Sabar Anugerah Terindah....khutbah disampaikan oleh roomate aku...Sahibus Samahah Ustaz Zuwairi di Masjid Kampung Pinggan-Pinggan...mungkin tajuk ini amat mudah didengar namun dari segi pengaplikasian dalam kehidupan tak semua orang mampu untuk mengharungi sebuah mehnah bernama ujian, dugaan dan apa pon sinonimnya di mata manusia....tajuk tu macam song ja dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian....
"SABAR" , lima huruf S - A - B - A - R, yang terasa indah saat diucapkan maupun
dihayati makna terdalamnya !! Tapi berat untuk menjalaninya, sulit untuk mengungkapkan
semua resah yang terbersit di hati.. kala ujian, cobaan, dan musibah beruntun
datang menghampiri..Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'un (sesungguhnya kami
kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya)..
Astaghfirullah.. ada peringatan didalamnya, ada hikmah menyertainya.. "Sesungguhnya
dibalik kesulitan ada kemudahan".. karena sesungguhnya semua ujian, cubaan,
dan musibah yang menimpa kita.. agat kita semua senantiasa mengingatNya, agar
kita selalu dekat denganNya, agar mampu merasakan saat-saat merindukanNya, Agar terungkap hijab mempersembahkan Cinta untukNya..
"Kau cakap senang lah..kau tak lalui macam mana aku lalui"
"Cakap lebat...kene batang hidung sendiri padan muka kau"
"Ala...time time macam nie lah aku kene...bla bla bla....."
Ini antara perbualan biasa yang aku dengar dan mungkin pernah diri sendiri terlafaz kerana gopoh menerima dugaan dari Ilahi....Huhu.....di situlah kita taraf sebagai hamba yang penuh dengan rungutan dan perasaan tidak puas hati dan di tampilkan dengan rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada dalam diri selama ini...nauzubillah.....
Tatkala kita hilang sesuatu kita rasakan habislah hidup kita...tamat lah gelaplah segalanya...... Tatkala kita hilang sesuatu kita rasakan ALLAH tidak sayangkan kita...
Tatkala kita hilang sesuatu kita rasakan kita tidak layak untuk menjadi hambanya....
Tatkala kita hilang apa yang ada pada kita akan terpacullah segala perkataan yang natijahnya tiada syukur pada Dia....
Manusia...kita....sering melihat sesuatu dari sudut dimensi dunia dan jarang sekali kita melihat sesuatu dari dimensi akhirat...kerana jika itu berlaku....SABAR adalah jawapan untuk setiap sesuatu yang berlaku sama baik atau buruk......
InsyaALLAH...semoga kita terus sabar dan sabar dan sabar sehingga nafas terakhir kita..
"Hasbunallah Wanikmal Wakil"
"Cukuplah ALLAH sebagai sebaik baik pelindung"
Pesanan 100% buat diri sendiri yang hina juga buat tatapan sahabat yang terjumpa artikel n blog ini.....mudah-mudahan berjaya....amin...
Pagi ini bukak youtube jumpo satu lagu@dikir berkenaan dengan solat dhuha....solat sunat yang banyak kelebihannya tapi kita jarang nak buat mungkin kerana SINDROM SIBUK yang melanda diri....ingat lagi dulu ustaz kat sekolah paksa buat solat dhuha sebab banyak kelebihannya..buka pintu rezeki dan macam macam lagi kelebihannya.....
Teringat gak dulu satu masa pernah member ajak solat dhuha..pahtu ada orang datang kata "dik kamu ajaran sesat mana duk sembahyang pukul 10 pagi"...haha....senyap sebentar kami demi menjaga kemaslahatan masyarakat sekeliling....huhu...
Beberapa hadis tentang solat sunat ini : ...banyak lagi kat tenet...
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab
"An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha
menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga
sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya
walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Ini doa dia.....senang nak hafal bila dah dilagukan begini...=p
Jadi....jom sama sama beramal andai ada kelapangan.....nasihat 100% buat diri sendiri dan buat yang terbaca secara langsung dan tidak langsung...amin....
"Betapa banyak Allah menyokong kau dalan setiap lingkah perjalanan kehidupan mu sebagai tanda untuk menyahut doa mu siang dan malam"
"Betapa banyak ALLAh tunjukkan yang Dia ada bersama kamu di setiap ceruk dan ruang lingkup dan nafas kehidupanmu"
"Betapa banyak ALLAH sudah bagi hint bahawa kamu boleh berubah kepada yang lebih baik daripada sebelum ini dan apa yang penting kau masih lagi boleh berubah selagi pintu taubatNya masih lagi terbuka"
"Betapa banyak kejadian dalam hidup mu yang menunjukkan bahawa kamu juga insyaALLAH akan terdiri daripada kalangan mereka"
"Betapa ALLAH sentiasa mendengar setiap rintihan dan apa yang telah kau lalui selama ini kerana Dia yang menciptakan ujian untuk menjahit tikar sajadah yang mungkin semakin hari semakin sirna"
"Betapa dalam setiap lipatan kehidupanmu kau dipertemukan dengan sahabat, kawan, teman yang di kalangan orang baik baik dan punya fikrah seagama denganmu"
"Betapa ALLAH cukup menyayangi mu dengan memberikan setiap kunci dalam saat untuk kau bertemu jawapan dalam persoalan ini namun kau masih belum berjaya untuk membuka pintu itu menggunakan banyak kunci yang telah diberikan...."
"Betapa ALLAH telah merawat jiwa mu dengan tidak mempedulikan rupa parasmu, siapa kamu...namun yang dilihat takwa mu dan bagaimana kamu menjaga hubungan denganNYA, manusia dan alam sekeliling"
"Betapa ALLAH sentiasa melihat usia usaha mu biarpun jatuh bangun lah semula...jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang inginkan kamu terus dalam lembah kesesatan"
"Betapa ALLAH pasti menghitung usahamu walaupun jihad ini terlalu sukar untuk ditempuhi andai tiada iman dalam dada...lantaran kamu perlu yakin bahawa ALLAH tidak akan menguji seseorang jika dia tidak mampu menanngungnya...andai di mata manusia meronta tidak mampu ALLAH tahu caturan yang lebih baik"
"Betapa itu kamu sebagai manusia berstatus HAMBA perlu yakin....Dia datangkan ribut petir dan banjir ditengah tengah panas kerana DIA ingin memberikan pelangi yang sangat indah suatu hari nanti...insyaALLAH"
Betapa kau perlu tahu Hanya Kau dan Aku Mengetahui Kepada Siapa dan Daripada Siapa Ia Ditujukan
Malam ini seperti sukar untuk melelapkan mata...huhu...mungkin penat dan letih sehingga sukar untuk mata dipejam dek kerana tugas dan tanggungjawab yang tidak pernah kunjung tiba penghujungnya....Hari ini seorang sahabat memberi mesej dalam inbox dalam facebook....seorang sahabat lama yang sudah lama tidak bersua namun insyaALLAH dekat dihati.....dicadangkan untuk menghayati sebuah lagu yang tidak lah seeberapa namun hebat dan mantop buat insan yang mengerti....
Setelah di dengar beberapa kali.....menangkap dan meruntun jiwa juga lagu ini...khususnya buat insan yang mendambakan ketenangan dan bermuhasabah tentang apa yang telah dilakukan selama bernafas di bumi waqafan ini....bait dan iramanya sungguh mengusik jiwa yang dambakan pimpinan dari ILAHI
Jarang kita ambil masa untuk bermuhasabah merenung ke dalam diri tentang apa yang kita lakukan selama ini....mungkin terlalu sudah banyak dosa kita lakukan sehingga kita terlupa untuk menjahit kembali sejadah yang kian hari mungkin kian koyak akibat terjahan nafsu duniawi..nauzubillah....mujurlah ada blog nie...boleh muhasabah diri sendiri dengan kata kata yang diterjemahkan ini......walau tak banyak namun sikit sikit lama lama menjadilah apa yang sepatutnya...
Oh Tuhan, aku bukanlah ahli surga
Juga tak mampu menahan siksa neraka
Dosa-dosaku tak terhitung bagai debu
Ya Illahi terimalah amal taubatku
Sisa umurku berkurang setiap hari
Dosa-dosaku makin bertambah Yaa Illahi
Hamba yang berdosa datang bersimpuh
Menyembah-Mu
Mengaku menyeru dan memohon ampunan-Mu
P/S Pesanan pada diri yang hina untuk teruskan perjuangan demi perjuangan...walau perjuangan berbeza dengan insan lain, namun insyaALLAH matlamatnya sama iaitu mendapat keredhaan dariNya...jatuh bangun tersungkur...bangun semula....melihat ibrah di sebalik mehnah dan minhah yang dihadapi dalam kehidupan ini..walau mungkin tak sehebat mana padahal cebisan cuma namun memadai untuk diri sendiri....moga hari esok lebih baik dari semalam dan masa yang lalu..insyaALLAH amin...demi ibu dan ayah serta insan yang menyayangi di dunia dan akhirat.
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`