Hari ini 29 Syabaan...beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan...Subhanallah sedar tak sedar dah tiba di sebuah bulan yang lebih baik daripada seribu bulan...Bulan yang hadirnya dinanti...perginya ditangisi...mengharunginya dengan penuh pengisian menjanjikan 1001 manfaat dari sang Pencipta.
Seribu satu azam ditanam dengan semat berupa azimat untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya....mungkin Ramadhan sebelum ini tidak dapat memberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh redhaNYA sehingga berjumpa Ramadhan kali ini.....mungkin taubat sebelum ini belum cukup kuat dan ampuh untuk menjadikan diri di dalam mawaddah wa rahmah dalam mengharungi kehidupan.
Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:
Puasa orang awam ~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.
Puasa orang khas ~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.
Puasa paling khas ~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.

Selamat Berpuasa Semua!!!
Semoga Mendapat Puasa Yang Mabrur!!!
Chaiiyok!!!!