Saturday, September 8, 2012

Jom Puasa 6..hehe


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Kepada sesiapa yang masih belum menyempurnakan puasa 6, sama-sama kita sempurnakan naa...memang lah asasnya puasa sunat tapi tak salah kita buat kan...huhuhu..sempat lagi nie....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir dan Batin

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan : Kedatanganmu Ku Nanti

Hari ini 29 Syabaan...beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan...Subhanallah sedar tak sedar dah tiba di sebuah bulan yang lebih baik daripada seribu bulan...Bulan yang hadirnya dinanti...perginya ditangisi...mengharunginya dengan penuh pengisian menjanjikan 1001 manfaat dari sang Pencipta.

Seribu satu azam ditanam dengan semat berupa azimat untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya....mungkin Ramadhan sebelum ini tidak dapat memberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh redhaNYA sehingga berjumpa Ramadhan kali ini.....mungkin taubat sebelum ini belum cukup kuat dan ampuh untuk menjadikan diri di dalam mawaddah wa rahmah dalam mengharungi kehidupan.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

Puasa orang awam ~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.

Puasa orang khas ~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

Puasa paling khas ~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.


Selamat Berpuasa Semua!!!

Semoga Mendapat Puasa Yang Mabrur!!!

Chaiiyok!!!!

Thursday, July 12, 2012

:: Aku Terima Nikahnya ::

First entri selepas cuti sekolah.. sedar tak sedar dah masuk bulan Julai boh.....balik jerk daripada kampung beberapa minggu lalu....aku dihujani dengan pelbagai tugasan dan kursus untuk mematangkan diri dan melengkapkan amanah sebagai seorang guru....

Juz wanna to share the happiness of my brother's wedding......tahniah uda...semoga berbahagia dengan isteri yang sekarang ini sedang mengandungkan anak pertama...wah...pantas dan efisennya...tahniah adikku....nak bercucu dah rupanya mak dan ayah....huhu...

Cuti sekolah yang lalu...sangat sibuk menguruskan dan membantu mak dan ayah dalam menguruskan majlis perkahwinan uda dan isterinya, linda......barakallahulakum......


Semoga menjadi seorang anak yang soleh...suami yang bertanggungjawab dan ayah yang mithali...amin.....insyaALLAH......Selamat Bercinta Hingga ke Syurga..=p

bergambar sebelum saat lafaz sakinah


Mak & Ayah dipaksa untuk disandingkan buat kali kedua....huhu....




P/S...Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH...amin.....




Thursday, May 24, 2012

Sekadar Berkongsi

Peehhhhhhhhhhhhhhhh...lama gila gua tak wat entri.....mungkin sibuk, buat buat sibuk, buat buat tidak tahu sehinggalah lupa untuk contang conteng dalam blog kesayangan ini.....sedar tak sedar dah sampai pertengahan tahun 2012....so...banyak sangat yang dilalui suka duka dalam perjuangan di bumi waqafan Pitas ini...macam macam juga berita yang didengar dilihat dan dimaklumkan sehingga kadangkala meruntun jiwa untuk merubah agar semuanya dibawah redha-Nya....namun apakan daya diri hanya semut kerdil yang masih bertatih memimpin diri menjadi lebih baik dari semasa ke semasa....kerana andai tidak mampu memimpin dunia sebaiknya jadilah pemimpin untuk diri sendiri....

Beberapa minggu lagu...tangan aku gatal tertulis lah satu status yang mungkin agak sensitif buat insan yang mengerti.....susah mahu dikhabarkan isu disebalik tatapan yang disuratkan...hehehehehe......ada.....tahu....milik......adalah la beberapa kata kata yang aku sendiri dah lupa...adeh.....namun hakikatnya.....benar dan benar apa yang berlaku sekarang....

"Saya bukan nak awak jadi ustaz...ulama....walau saya mengharapkan kamu menjadi seperti itu...namun saya tidak mahu kamu menjadi yang lain...sebaliknya saya mahu kau menjadi yang lain...engineer...pakar ekonomi....cikgu....atau apapun namun yang penting miliki agama dalam diri.ustaz tidak mahu ada...ustaz mahu kau miliki....jangan dipersoalkan kredibiliti seorang ustaz atau pakar agama kerana sudah fitrahnya memang beragama..cuma doakan semoga fitrahnya tidak menjadi fitnah....."

Masih ku ingat bait kata kata ini yang pernah diungkapkan oleh seseorang yang aku kagumi puluhan tahun dahulu..ketika masih "gila-gila" di zaman persekolahan dahulu..yang memberi semangat untuk terus berjuang di medan dakwah dunia penuh pancaroba..namun kata-kata ini ketika itu agak bagiku skema dan tidak dapat aku fahami secara total sehingga lah hari ini melihat dunia yang ada di depan mata....

Bagaimana baru-baru ini salah seorang nurse di salah sebuah hospital swasta terpaksa berhenti kerja kerana tidak sanggup menanggung dosa melakukan pengguguran haram kerana bekerja di hospital tersebut....pengguguran yang kebanyakkannya dilakukan oleh gadis melayu dan rata ratanya adalah agama Islam...hai...manalah tidak terfitnah agama kita ini andai kita sendiri yang menconteng arang kepada Islam itu sendiri.fuh.....dik kerana tidak tahan menanggung dosa menggugurkan kandungan 10 bulan kebawah dengan menghancurkan janin dan yang sudah mencecah 7 bulan dilahirkan seperti biasa namun dibiarkan mati!!.....respondennya pelajar sek men, siswi ipta ipts dan ramai lagi...yang mana modus operandinya sama.....iaitu hanyut dengan apa yang dinamakan cinta...Allah...sudah sirna perikemanusian kita mutakhir ini...

Tidak cukup dengan itu....melalui sebuah perkongsian bersama seorang sahabat yang mempunyai pengalaman belajar di Mesir menceritakan apa yang berlaku di sana yang terkadang tidak diketahui masyarakat...bagaimana pelajar yang malangnya mendukung galas menjadi pendakwah muda...daie...daieah penyambung tali tali agama terlibat dengan kebejatan sosial yang semakin merimaskan. di sana....tergamam aku mendengar cerita tersebut.....apa nak buat....huu

Lantas timbul rasa syukur dalam diri kerana walau diri yang hina ini tidaklah sehebat mana namun ALLAH masih memberi kesempatan untuk tidak terjebak dalam gejala seperti itu...mudah  mudahan diri dan seluruh ahli kelurga dan orang orang tersayang dijauhkan daripada gejala seperti ini...malahan Dia tempatkan aku dikalangan orang orang baik ketika di maktab mahupun di bumi Borneo ini....Amin

Kembara Pitas CAPSULE 15 : Sebungkus Maggie Sedap Di Hari Guru

Alhamdulillah........16 Mei yang lalu....sekali lagi tiba Hari Guru sebagai menghargai jasa jasa guru guru di Malaysia kerana pengorbanan memanusiakan manusia sehingga habis baik....menjadi insan yang boleh memberi sumbangan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya..

Macam biasalah.....nama pun Hari something...sah sah lah ada majlis.....ada ucapan dan persembahan dan apa yang penting JAMUAN...proses memakan atau mentahdarah yang amat aku minati..iaitu sindrom MAKAN...hahhahaha........so nie sedikit gmbar coret coret Hari Guru 2012 SK Pekan Pitas II..huhu...zzzzzzzz

Murid murid bersalaman dengan guru-guru SKPPII.....seronok murid memberi hadiah dan kad ucapan kepada guru guru yang mereka kagum di hati mereka

Adik Syuhada memberi kad ucapan buatan sendirinya kepada PK Hem, Kak Sinazin

Semua kaum ibu bergambar...amik berkat kaum ibu yang setiap hari sentiasa berusaha mencari jodoh untuk ku..haha.....sero takut dibuatnya...hehe.....

Special requestku ditunaikan oleh Ustazah Hamidah...thanks ustazah...dapat gak makan ambuyat dengan sambal sardin....alhamdulillah....

Kek kek yang menjadi buruan santapan perut kami semua....huhu


Dalam dalam banyak kad ucapan yang aku dapat...ada satu hadiah yang cukup agak terharu..kelakar pon ada.....seorang anak murid yang masih tidak boleh membaca dan mengira dan sering kene marah dengan aku smpi menangis...dia bagi sebungkus MAGGI SEDAAAAAAAAAAAPP/........peh..macam taw taw jer aku suka Maggi Sedaapp.....huhu....dibungkus cukup cantik dengan kertas surat khabar sambil ada ucapan diatasnya....tak tahulah dia soh siapa yang tulis...huhuhu...aku hargai usahanya =p....moga kau cepat boleh membaca dan mengira....Amin...
MAGGI SEDAP....
Bekas Murid-murid Tahun 6 2011 pon datang membuat kejutan untuk semua guru...haiiii......

Selamat Hari Guru 2012
"Pesan pada diri : semoga terus tabah dan bersemangat untuk berjuang mendidik manusia dan menjadikan manusia itu manusia seadanya...Amin"