Jika benar ingin berubah;
Mohon hidayah, cari ilmu, fahami, hayati dan terus amalkannya.
Wajib gigih bermujadah dan istiqamah. Dan sentiasa berdoa.
Jangan lupa bersama guru, berdamping dengan sahabat sealiran, duduk dalam lingkungan yang baik, dan hadiri program-program amal.
Teruskan perjuangan kamu wahai diri....ini bahagian kamu dalam kehidupan...tetap terus redha dan bersyukur atas apa yang dimiliki namun jangan dikesalkan tidak sama seperti orang lain..nescaya dan insyaALLAH hati akan menjadi tenang
Saturday, August 31, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Sungguh Tak Mampu Lagi Menjadi Seperti Ini
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang
dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..
kopipaste

Label:
Perkongsian@CopyPaste Ilmu
Setitik Tinta Ingin Diluahkan
Sekian lama sudah tidak diupdate di blog ini...sepi dan rasa berdosa kerana meningggalkan minat yang telah sekian lama ditinggalkan....terlalu lama tidak menulis...terlalu lama tidak melemparkan tafsiran pada dunia...mungkin blog ini akan terkubur begitu sahaja..namun semakin hari semakin rasa diri ini terlalu gelap dan perlunya booooooost diri sendiri demi memaknakan sebuah kehidupan.
Dik kerana kesibukan tugas dan menunaikan amanah ALLAH yang seringkali dipermainkan membuatkan hampir lena dibuai arus dunia...suatu ketika dulu hamparan ini menjadi teman sejati untuk menjadi terus kuat dan terus kuat menghadapi minhah dan mehnah daripada NYA.....
Hari ini terdetik untuk kembali aktif bukan untuk menunjukkan betapa tingginya ilmu yang cetek ini namun untuk mengabdikan seberapa banyak ilmu supaya menjadi suber rujukan dan inspirasi insan hina ini sehingga titisan nafas terakhir...INSYA ALLAH...amin....
Sunday, February 10, 2013
Kembara Pitas CAPSULE 16 : KK Burger Bakar
Tahun 2013 sudah menjengah taringnya menghujani manusia dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab..biasalah that is life...hurm kembara tahun nie telah membawa ku ke sebuah kedai makan burger yang agak tersohor di Kota Kinabalu...dapat tahu pasal tempat nie daripada ustaz housemate aku....
Apa lagi geng bujang Jalan Jalan Cari Makan check it out sama sama masa berjimba di Kota Kinabalu beberapa minggu yang lalu....hasilnya LUMAYAN...huhuhuhu....harga boleh tahan lah jugak...mungkin mahal sikit tapi puas hati bha...huhuhuhuhu....yang penting burger dia tebal dan di bakar depan mata kami...sangat menggagumkan...huhu...excited pulak...
KK Burger Bakar terletak di kawasan Food Court Tanjung Aru..nampak macam kedai mahal...rupanya kedai macam biasa jerk...tapi LUMAYAN dan Puas Hati Makan...huhuhu
![]() |
| Ustaz Kashful |
![]() |
| Ustaz Zuwairi |
![]() |
| Titaniclah..apa tah nama burger nie tak ingat.... |
![]() |
| posing jab |
![]() |
| Taufiq |
Next Destination....Nasi Arab di Grass Point,...Lets Check it Out!...JOm
Label:
AktivitiSeharian
Kita Hanya Mampu Merancang, Namun Allah Maha Perancang
Catatan ini khas untuk buat insan
yang mengerti dan memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..walaupun
pahit dan sedih untuk mengharunginya namun demi memaknakan sebuah pencarian
ianya perlu dilepaskan biarlah tidak bertali supaya akan terpaut kepada tali
lain yang lebih kuat dan mantap…satu ketika dahulu cukup kuat untuk meneruskan
namun setelah mengambil kira semua perkara dan demi kebaikan semua pihak
terutamanya kau, kita perlu buat keputusan seperti ini…redha dan tabah itu
penawar segalanya…juga sandaran pada Dia yang mempertemukan kita dan
mengaturkan yang lebih baik kepada kita...
Ya,memang sukar untuk melupakan
apatah lagi ia sudah lama berbekas dan meninggalkan banyak pengalaman. namun
inilah kehidupan dan kita harus akur. kerana ini ketentuan. teruskan
kehidupan.. Cukup indah kita bermula dan dipertemukan namun rupanya Allah ada caturan yang
lebih baik untuk kita berdua..itu perlu kita akur dan redha…segalanya ada
hikmah yang perlu di singkap dan kita tidak boleh mempertikaikan mengapa dan
kenapa semua ini terjadi….
Keputusan ini yang perlu kita berdua pilih demi menjaga masa depan..bukan membuta tuli tetapi setelah digunakan segala akal fikiran kurniaanNya…aku tahu akan ada
manusia yang mengetahui perkara ini akan sibuk mencari siapa yang ingin
dijadikan ‘kambing hitam’…aku volunteer untuk dijadikan kambing hitam
itu..insyaALLAH aku kuat…Tatkala keputusan ini dimeterai
ternyata yang ada di fikiran kita hanyalah ibu dan ayah kedua-dua belah pihak..apakah mereka
akan mengerti seperti mana kita memahami..apakah mereka akan boleh menerima dan
menganggap ianya adalah takdir....khuatir kerana kita berada di dua zaman
yang berbeza dan dua cara berfikir yang bagaikan langit dan bumi……
Semoga ALLAH murahkan rezeki
kepada kau dan aku supaya dapat membantu keluarga masing masing. Dan semoga kau dipertemukan dengan zauj yang lebih baik dan murni agamanya supaya dapat
membimbing kau dan mungkin bukan aku orangnya..itu perlu kita redha.. walaupun
kita bermula dengan baik dan akhirjuga biarlah baik walaupun bukan natijah yang
sepatutnya..anggaplah tidak ada jodoh antara kita dan Dia akan gantikan yang lebih baik..bila dan ketika dan siapa semuanya bukan dalam pengetahuan kita..hanya doa sebagai senjata....
Alhamdulillah....sebagaimana cukup mudah dan indah kita dipertemukan dengan restu Ilahi...tetapi walaupun akhirnya bukan seperti yang kita rancangkan...namun pengakhirannya tetap mudah....moga kekhilafan ini membuatkan kita muhasabah diri..mungkin cinta kita pada Pencipta cinta belum cukup kuat untuk kita mendapatkan cinta daripada seorang manusia..
Maafkan aku kerana tidak mampu untuk membimbing diri kamu..biarlah diri ini meneruskan langkah mengembara di bumi ini untuk mencari kehidupan...hidup ini satu perjuangan. jangan tewas.. =)…Selamat Berjuang...Wallahua'lam..

Subscribe to:
Posts (Atom)