Sunday, March 28, 2010

Adakah Ini Nikmat Bercinta

Saban Hari berganti hari.....gejala sosial semakin hari semakin berleluasa...memaparkan dunia yang semakin sakin..menghidangkan jutaan dosa ciptaan makhluk bernama manusia....

Tiap hari dan saat semakin ramai insan bernama wanita hilang maruah dan harga diri...saban hari jualah anak luar nikah dilahirkan mencemar sistem kekeluargaan aturan Ilahi...diri semakin terpana di mana silap dunia hari ini..

mengapa gejala buang anak menjadi seperti halal di mata manusia...ramai insan tidak berdosa dilahirkan tanpa diduga dibuang seperti sampah yang hina....hak mereka untuk hidup mengapa dinafikan...persoalaan nya mengapa gejala ini berlaku....


Apakah ini nikmat cinta dunia antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin?
Apakah masih kita mendabik dada couple itu perlu?
Masih tidak cukupkah apa yang berlaku hari ini memberikan kita pengajaran akan azab dan natijah bercouple sebelum perkahwinan?
Inikah yang dinamakan cinta?
pabila anak tidak berdosa dibuang merata-rata
pabila pergaulan bebas terlalu bebas di mata manusia
pabila lelaki dan perempuan bercinta bagai nak rak hingga gadainya maruah


Aduh...sakitnya manusia hari ini.....apa yang harus aku buat Ya ALLA\H..ku akui andai azab yang kau turunkan akan terkena juga tempiasya....apa harus aku lakukan...apakah aku terus berpeluk tubuh dan menyaksikan kemungkaran berlaku di depan mataku....iman aku hanya senipis bawang Ya ALLAH..mampuku hanya membenci di dalam hati....

P/S Sesungguhnya, apa yang berlaku ini ada hikmahnya..padaku itu semua ingin menunjukkan bahawa cinta sebelum perkahwinan menimbulkan 1001 dugaan buat insan bercinta....dalam Al-Quran pun dah trang lagi bersuluh..."Jangan kau Hampiri Zina".....jangan HAMPIRI bukan LAKUKAN...kerana ALLAH maha mengetahui andai mengHAMPIRI sudah banyak menimbulkan dosa ini apakan lagi menDEKATI...lindungi aku dan keluargaku ya ALLAH...

Sambutan Maulidur Rasul 1431

Salam Ukhuwah dari ku...

Sudah lama tidak melawat blog ini....sudah lama jugak aku tidak coretkan ceritera hati di dalam blog ini.....berkesempatan juga akhirnya...
Banyak sangat dilalui sehingga ini...tarbiyyah daripada ALLAH tidak pernah hilang untuk mendidik diri yang kerdil ini...alhamdulilah segala berjalan lancar....
demi meyingkap tabir kerahsiaan Maulidur Rasul, Sk Sungai Lui juga telah mengadakan sambutan Majlis Maulidur Rasul bertempat di Sekolah ini.

Pada hari Jumaat bersamaan 26 Rabiul Awal 1431h, bertempat di SKSL telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Ustaz Aluwi bin Md. Yassin telah diamanahkan untuk merancang dan menyelaras acara ini. Alhamdulillah dengan pengalaman dan kepakaran beliau sambutan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya, berselawat dan berarak dari sekolah ke masjid Kg. Sungai Lui serta berpatah semula ke sekolah. Murid dan guru terus masuk ke dewan bagi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Hakim. Antara acara yang dijalankan pada sambutan tersebut ialah:-
1. Pertandingan Perarakan ( mengikut kelas )
2. Pertandingan Mewarna ( tahap 1 )
3. Kuiz
4. Tayangan slide

Saban tahun kita menyambut majlis ini...setiap tahun diadakan Perarakan dimana-mana tempat di Malaysia...namun diri ini masih sedih kerana aku hamba yang kerdil masih belum mampu meyingkap segala rahsia dan mengambil pengajaran terhadap segala perjuangan Nabi..terlalu banyak kerosakan di muka bumi ini yang telah aku lakukan...andainya Baginda masih hidup..tentunya bahagia hidup kita kan? pasti kita gerun untuk melakukan segala maksiat yang di dunia ini...

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat ku Tatap wajahmu
Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Dapat ku Kucup tangan mu
Pasti mengalir airmataku
Ya Rasullullah Ya Habiballah
Kami Rindu Pada mu........

P/S Semoga diri yang hina ini dapat mengambil iktibar akan perjuangan Nabi yang tidak ternilai harganya...betapa lemahnya diri ini tatkala diuji..hinanya diri ini...Ya ALLAH berilah hambamu ini sedikit kekuatan agar dapat aku terus tetap dalam agamaMU....amin....

Wednesday, February 17, 2010

KasihMU Menyedarkan Aku Tak Pernah Sendirian

"Siapa aku untuk menghukum manusia"

"Siapa aku untuk merencana apa yang ingin dilakonkan oleh manusia"

"Siapa aku inginkan indah namun diri tak sehelai cuma"

PESAN BUAT DIRI

Terkadang kita pernah mengharapkan segalanya indah di mata kita...terkadang kita pernah mengharapkan segalanya di bawah aturan kita...terkadang kita pernah berharap segalanya mudah dalam urusan kehidupan kita...namun kita terlupa....

"Jangan kamu mengaku beriman selagi kita tak diuji"-terjemahan ayat Al-QURAN

kadangkala sedih itu perlu dalam mendidik jiwa yang semakin luntur di telan nafsu...Kadangkala air mata itu diperlukan untuk mengajar sebuah erti kehidupan...kadangkala derita itu perlu demi mengajar akan erti sebuah kehidupan seorang hamba yang kerdil di sisiNYA...

Pokoknya ada satu MISI dan VISI yang perlu dicapai dalam memaknakan sebuah pencarian..ada satu pengharapan yang tidak mungkin orang lain ketahui yang perlu dilangsaikan sebelum nafas menghembuskan akhirnya...ada satu noda yang perlu dipadamkan sebelum jiwa dan jasad menghadapNYA.....

Ku berdoa...semoga VISI dan MISI ini tercapai....Ya ALLAH permudahkan hamba kerdil ini mencapai misinya...ku tahu setiap insan yang KAU jadikan semuanya istimewa...aku juga begitu....bukan bala yang kau beri namun hanya dugaan dan cabaran yang perlu aku belajar daripadaNYA....biarlah antara kita bimbang tafsiran manusia berbeza....

Biar sendiri menjayakan misi dan visi ini aku redha...biar sendiri hingga hujung nyawa asal aku tak sepi dari kasihMU...biar tiada sokongan insan bernama manusia...cukuplah KAU sebagai sebaik-baik pelindung....kerna KASIHMU MENYEDARKAN AKU TAK PERNAH SENDIRIAN

Sunday, January 31, 2010

SelaMAt BerPraktikuM

apa khabar semua....moga sihat sejahtera.....

tak punya banyak masa...hanya ingin mengucapkan selamat berpraktikum kepada semua warga maktab yang akan pergi khususnya semester 7...semoga kalian beroleh manfaat dan doakan kejayaan bersama...

entah biler dapat update lagi....huhu...maklumlah sekarang duduk agak pedalaman....susah nak online....

P/S perjalanan pengembaraan mencaari redha....memaknakan sebuah pengorbanan..menjerih badai dan fatahmorgana..menjiwai iman yang sehelai cuma...tersungkur mengejar keampunan...agar cintaNYA milik hamba yang kerdil...

Saturday, January 16, 2010

PeNCaRiaN Yang TiaDa PengAkhiRaN

Ungkapan "sahabat", "teman" dan "kawan"mempunyai maksud yang sama dari segi literalnya...namun andai di singkap pengertian di sebalik pengorbanan dan penterjemahan akal fikiran...tentunya tafsiran yang berbeza menerjah benak fikiran....

Sudah 22 tahun aku mengembara menelusuri bumi waqafan yang ALLAh hadiahkan untuk hamba Nya ini...kerap juga ungkapan lagu bermain menari di fikiran berkonsepkan persahabatan sejati...namun sudah dimengerti apa itu sahabat, kawan dan teman... sejauh manakah ianya penting dalam kehidupan seseorang...apakah begitu signifikan mereka dalam kehidupan insan bergelar hamba kerdil....

Adakah pengembaraan selama 22 tahun ini sudah ke temui insan yang betul-betul signifikan dalam kehidupan insan hina seperti aku ini..sudah kah aku temui insan yang sudi berjuang bersama tidak kira penat lelah sehingga nafas yang terakhir...sudah terbinakah kasih dan cinta sebuah persahabatan yang entah di mana pengertiannya perlu di lontarkan...

Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita...ada yang datang sementara sahaja dan ia pergi tanpa meninggalkan jejak yang sukar untuk ditemui...ada yang datang sebentar namun pemergiannya terlalu sukar untuk diterima...ada yang datang untuk tempoh yang lama dan meninggalkan jejak yang terlalu sakit untuk diingati..itulah kita sebagai hamba Nya yang kerdil...tiap apa yang berlaku ada caturan yang telah disuratkan dan disiratkan sehingga terungkai setiap hikmah di sebalik perjuangan...

Hakikatnya..tiada yang abadi dalam kehidupan seseorang manusia..kata seorang insan yang pernah aku kenali suatu ketika dahulu..."andai meyayangi seorang insan bernama manusia, kita perlu bersedia untuk kehilangannya"....betul ker?

Hakikatnya...ada kebenarannya....namun andai kita menyayangi Pencipta tentunya segalanya indah..manusia hanya lelah untuk dicintai..pasti ada kekurangan kerana aku kau dan orang lain hanya insan bergelar manusia yang tidak pernah sempurna...

Kepada insan bergelar sahabat...andai anda punya sahabat....cubalah jadi yang terbaik dan hargailah mereka seadanya...carilah mereka walaupun tatkala kita sedang diuji dengan rahmat kegembiraan daripada ALLAH...ku khuatir..andai sampai satu masa..apabila terencana dihati untuk menidakkan kehadiran mu dihati sebagai insan bernama sahabat kamu tidak akan mampu mencarinya semula..walaupun kamu ketemui semula..tentunya tidak seindah dahulu...

Kita hanya manusia yang sentiasa bergantung antara satu sama lain...Pergantunggan segalanya pada ALLAH...namun sahabat diperlukan buat sokongan mengharungi perjuangan penuh pancaroba...janganlah dilupakan mereka walaupun kamu sudah punya teman di hati...hakikatnya...itu yang terjadi namun diri ini menidakkan fenomena yang melanda....

selamat berjuang...sahabat pencarian kamu tiada pengakhirannya...memahami mu satu anugerah...pertemuan dengan mu satu rahmat...kenangan bersama mu satu hadiah dari Ilahi...
semoga ke temu insan yang dicari walau ianya tiada pengakhiran....

P/S Mohon maaf atas segala khilaf yang berlaku...ampun di pinta andai pernah terlanjur kata terluah bahasa terguris di jiwa. InsyaALLAH aku mencintaimu kerana ALLAH dan aku redha andai perpisahan menjengah sebentar sebuah ikatan bernama persahabatan..kerana ku mengetahui dan ku akui kita adalah MILIKNYA...