Tuesday, May 25, 2010

DERITA MERINDU

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


P/S Ditujukan buat yang memahami...dari insan yang kerdil....

Sunday, May 23, 2010

Imtihan MelabuhKan Sayapnya




Alhamdulilah...selesai segalanya.....gembira tak terkata kerana imtihan semester ini berakhir juga....

Paper tadi paper terakhir untuk semester ini....berasap jugak otak memerah keringat untuk memberikan jawapan yang diharapkan menarik pemeriksa untuk memberikan markah....

Susah jugaklah soalan tadi...huhu...mungkin diri yang masih punya bermacam kekurangan untuk menyiratkan apa yang tersirat disebalik setiap soalan....

Fuh....itu baru soalan exam yang kita tak ketahui soalannya hanya mampu bersdia fizikal dan mental

Namun bagaimana dengan soalan di dalam KUBUR nanti...bukankah soalan itu sudah bocor...segenap lapisan umur umat Islam mengetahui soalan keramat tersebut...
Terpana seketika,,, mampukah aku menjawabnya nanti.....Apakah natijahku syurga atau neraka...

P/S Sekadar renungan bersama....semester ini sudah hampir melabuhkan tirainya..insyaALLAH diharapkan cuti selama beberapa ketika ini mampu menbolehkan diri yang kerdil ini memperbaiki diri yang penuh dengan dosa dan noda...Ya ALLAH...bantu aku......

Wednesday, May 19, 2010

"YA ALLAH permudahkan Segalanya"

Minggu lepas bertempat di Surau Asy-Syakirin diadakan solat hajat perdana...fuh seronoknya.....Majlis Bermula dengan aktiviti merewang untuk menyediakan juadah untuk menjamu jemaah malam nanti...seronok..alhamdulilah...masih dipilihNya untuk berbakti....moga terus mampu berjuang...amin...dah hampir 3 bulan aku tak turun ke surau nie merewang...maklumlah masa praktikum duduk nun jauh di pedalaman =p...jadi kesempatan yang diberi ini alhamdulilah aku hargai sepuasnya...

Syukur...adik adik semua dah pandai dan dewasa serta arif tentang tugas masing masing....ingat lagi...dahulu semasa mereka dilantik menjadi pemimpin dalam organisasi...mereka masih takut takut untuk mencuba...al maklumlah mungkin ingin menyesuaikan diri dengan environment baru...

Syukur mereka mampu menjadi penyambuang warisan tatkala para mantan lajnah pergi meninggalkan bumi waqafan maktab ini untuk menyempurnakan tugas mereka dalam wadah pekerjaan....

Segala berjalan lancar...selepas maghrib kami adakan bacaan yassin dan tahlil..setelah itu...usai sahaja solt isyak...semua jemaah mendirikan solat sunat hajat memohon agar dipermudahkan imtihan dan lulus dalam ujian dan peperiksaaan yang bakal menjelma....



"Bacaan Yasin Beramai-Ramai"

MenJamu Selera-Ayam Golek tuhhhh



"GOOD LUCK SAHABAT SEMUA"
"APAPUN NATIJAHNYA INGAT ALLAH PASTI MELIHAT USAHAMU"

BimBingan Dan Kaunseling


"Alhamdulilah"

Paper B & K yang baru sahaja aku ambil Selasa Yang lalu berjalan dengan lancar...alhamdulillah dipermudahkanNYA untuk menjawab denagan baik...walau tidak ku ketahui betul atau pun salah..alhamdulilah...jawapan bagi setiap persoalan meniti jawapannya di lubuk fikiran...harapan apa pun natijahnya moga ilmu tersebut kekal dalam ingatan dan mampu membantu hamba yang kerdil ini menjadi seorang muallim, murobbi, muaddib yang sentiasa berusaha mencari kesempurnaan diri (teori Roger =p)
Insya ALLAh ada satu lagi paper "Action Research" untuk aku hadapi...huhu....hope boleh jawab jugak...Isnin depan aku akan masuk pula ke medan pertarungan itu..namun sementara itu akan ku cuba semampu mungkin untuk bersedia habis baik....

"Moga Kejayaan Milik Buat Insan Yang Berusaha...amin....yakin dengan janjiNya"

SELAMAT HARI GURU

Salam ukhuwah dari semut kerdil....

sudah lama tidak dicoretkan luahan hati di sini..maklumlah sibuk menerjah setiap pelusuk kehidupan sebagai hamba yang kerdil....

Tanggal 16 Mei merupakan guru diraikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.....so alhamdulilah...di peringkat institut telah diadakan sambutan hari guru yang cukup menarik sekali...Tahniah kepada JPP tahun 2010/2011 kerana berjaya menghasilkan Sambutan hari Guru yang cukup sempurna walaupon ada kelemahan biasalah..itulah kehidupan di dunia seperti roda......

Berlegar legar wajah wajah suci guru guru yang pernah mendidik diri yang kerdil ini...cukup banyak pengalaman manis dan indah yang tak dapat dilupakan...alhamdulilah masih sempat ku utus ucapan "Selamat Hari Guru" kepada mereka tanda ingatan tulus ikhlas...seronok mereka dapat pesanan ringkas (sms) daripada anak murid yang telah lama mereka tinggalkan dalam sejarah hidup mereka...namun insyaALLAH selagi mampu bernafas..nama mereka akan tetap berlegar di benak fikiran ini.......

Selamat Hari Guru cikgu...jasa kalian takkan dilupakan...kau telah mengajar aku pelbagai erti kehidupan...moga ALLAh rahmati kamu semua.....benarlah kata pujangga jika "hari ini seorang manusia menjadi doktor, askar,pemimpin dan siapa pon kita di mata dunia ini" semua nya adalah hasil titik peluh seorang insan bernama guru......juga di tujukan kepada semua insan bergelar guru semoga sentiasa tabah mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berkualiti pada masa akan datang....

"Selamat Hari Guru"
"Guru PEmbina Negara Bangsa"

P/S Hamba yang kerdil ini juga akan menjadi seorang guru....semoga dapat menjadi setabah mereka sekuat mereka semesra mereka guru guru pembangun ummah penerjah kejayaan insan bergelar manusia

Jadilah seorang guru yang Hadirnya Di TUNGGU, Hilangnya Di RINDU....Ilmunya DI BURU..Nasihatnya DISERU..mampukah aku..insyaALLAH..amin.......