Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Assalamualaikum.......

Tatkala ini...alhamdulillah...aku dan seluruh umat islam yang masih lagi menghirup udara segar kurniaan Ilahi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan...malam tadi pertama kali aku terawih di bulan ramadhan di negeri orang..nun jauh daripada hiruk pikuk kesengsaraan fatahmorgana dunia.....Pitas....huhu....Malam itu juga sementara menunggu pengumuman untuk Puasa daripada televisyen....kami dikhabarkan dengan pemergian seorang iaitu datuk kepada salah seorang guru di sini...

Entah kenapa...berita kematian itu walau aku tak kenali insannya....namun membuatkan aku terfikir dan memikir tidak kesempatan arwah untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini...sudah dijemput menghadapNYA....Ya Allah....segala kuasa jelas hanya pada Mu....Namun..kita...aku dan insan insan lain yang bernama manusia sering lupa dan lalai dengan deras arus dunia yang tiada penghentinya.......ah.....tabahkanlah hati hambamu ini.....

Apapun....bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk beribadah...peluang untuk bertaubat....peluang untuk memperbaiki diri...dan apa yang penting menjadikan ramadhan kali ini sebagai platform dan landasan utama untuk melakukan sesuatu perubahan....insyaALLAH...Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga. Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar....

Justeru aku ingin hilangkan kehausan dan kedahagaan aku selama ini....ingin aku akhiri segala impian dan cita cita yang terbuku selama ini dengan penterjemahan fi'li yang hakiki bukan hanya ak'li semata mata....Bak kata ustaz tu pada aku suatu ketika dulu..."Wan....ingat pesan ustaz....kau perlu berusaha lebih....kau tak macam orang lain....nak diibaratkan...kalau orang solat 100 rakaat kau perlu buat 200 rakaat...kau perlu usaha  dua kali ganda daripada orang itu..."......terpana dengan kata-kata ustaz itu....tapi aku jadikan sandaran untuk aku berubah kepada yang lebih baik...amin.....

P/S...Sedikit Pesanan Buat Diri yang Hina...Masukkan Dalam Hati mu yerk..yang terbaca untuk kamu juga =p

Di bulan yang Barakah ini ayuh perbaiki diri kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya aku seorang yang mudah terbakar namun selepasnya aku perlu menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya aku seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan aku sambut, dan jika sebelumnya aku seorang pembuat maksiat namun selepasnya aku ingin menjadi seorang ahli ibadat....insyaALLAH

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.."Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "


Thursday, July 28, 2011

:: ~ HARI INI AIR MATANYA MENITIS LAGI ::~


Sudah lama tidak mendengar suaranya…..rindu padanya tidak terkata.......

Sudah lama tidak mendengar hilai tawanya...........

Sudah lama tidak bermanja dengannya.....

Hanya berkirim sms setiap hari tanda kasih dan sayang padanya yang mengunung tinggi…Hari ini terpanggil untuk mendengar suaranya untuk mengubat kerinduan di hati…..

Lama jugak berborak dengannya…….banyak perkara yang diceritakan untuk dikongsi bersama….dengan tidak semena-mena hilai tawa kami mengubat kerinduan bersilih ganti dengan air mata dan sedu sedan…..diri ini tidak mengerti apa yang terjadi kerana aku terlalu jauh untuk memahami penderitaan yang di alaminya….

Sayu hati mendengar tangisannya…tiada kata terlafaz untuk mengungkap penderitaan yang di alami….Ya ALLAH kuatkanlah Dia…andai utara dan selatan itu mampu bergabung…malam dan siang boleh bersatu...akan aku gagahi bertemu dengannya….walau di mana aku berada….Aku tahu apa yang dialaminya….tetapi aku tidak cukup kuat untuk memahami hati seorang perempuan…terlalu banyak yang terpaksa yang dirahsiakan daripada lelaki yang amat dicintainya..bimbang lelaki itu tidak kuat mendengar sebuah perkhabaran yang datangnya tidak pernah diundang dan hadirnya dinatijahkan tidak sama sekali….

Hanya aku menjadi teman dia berbicara untuk mengubat jiwa serta kegundahan yang saban hari menghimpit dirinya…..YA ALLAH kuatkanlah dia untuk menghadapi mehnah mu ini…..andai ada kebahagian yang ingin Kau curahkan kepada hambaMu..maka aku merayu kau berikanlah kepada dia agar dia tahu Kau masih bersamanya….
Atas apa yang berlaku…aku harapkan tidak akan berterusan…tidak sanggup untuk melihatnya terus sedih bermuram durja menantikan sebuah jawapan yang tidak pasti…jadi semampu mungkin dalam setiap sms dan percakapanku…akan aku cipta seribu satu kegembiraan untuk menghiburkan hatinya yang gundah itu….biarpun tak sempat aku kongsikan apa yang aku alami padanya…tapi aku puas melihatnya tersenyum dan gembira tatkala bersama dengan aku…..sayang, cinta,kasih dia melebihi diriku sendiri jua kerana ALLAH….

Kata kata semangat aku kalungkan dalam setiap perkhabaran aku kepadanya..doa kudus aku acap panjatkan kepada MAHA PENCIPTA agar dia mengecapi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat….agar hatinya tenang meneruskan sisa kehidupan yang masih berbaki….doaku untukmu agar senyum sentiasa terukir di bibirmu lantaran mencoretkan sedikit kegembiraan dijiwamu….

Kelak aku bertambah risau dan gundah…lelaki yang dicintainya sudah mengetahui apa yang sebenarnya yang dirahsiakan……YA ALLAH….lelaki itu tidak kuat untuk menerima semua ini…hanya padaMu aku panjatkan doa agar kau selamatkan dua insan ini daripada sebarang mehnah dan perkara yang tidak diingini…..di saat ini sepatutnya mereka gembira menikmati kehidupan setelah berhempas pulas berjuang dalam kehidupan mereka…..

Kerisauan dan kegundahan menghimpit aku bimbangkan mereka nun jauh di sana….aku tidak bersama mereka yang saban hari dapat mernung ke dalam diri mereka apa yang berlaku…..aduh…rasa serba salah yang amat sangat…Ya ALLAH…..kami akur dengan ujian Mu ini…berikan kami kekuatan agar kami tidak rasa putus asa akan adaNya Kau di sisi kami…..Sabarlah….satu masa nanti….aku akan kembali ke sisi mu dan akan aku cipta dunia kecil ku sendiri bersama mu…akan aku pastikan kegembiraan dan kebahagiaan bersama mu senantiasa….amin………………InsyaALLAH…..

::~ 6 Bulan Sudah Berlalu ~::



Lama sangat sudah tidak menaip….terlalu banyak tugasan dan amanah serta projek projek yang perlu dijalankan sehingga terlupa menconteng lukisan kehidupan dalam lembaran ini…..Lama sudah berlalu….sudah hampir 6 bulan rupanya aku berada di bumi BORNEO ini…terasa sekejab sahaja…rasa baru naek van dengan Adeng bersama sahabat aku yang lain ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Pitas ini…

6 bulan ek…huhu….macam macam sudah berlaku….mengenali banyak manusia yang jelas dan nyata mempunyai peel dan sikap yang cacamerba untuk bawaan masing2 dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan…aku dengan cara aku yang bila orang tnya aku akan jawab “AKU OK JAK BHA….” Hehehe……Cuma terkadang terfikir dan memikir akan apa yang telah dan sedang berlaku di sekeliling…..tidak biasa membuat tafsiran terhadap manusia hanya lebih suka memerhati berbanding menilai apa yang tersurat…barangkali ada yang tersirat yang masih di Luh MahfuzNya….huhu….

Setelah 6 bulan….berada di perantauan ianya memerlukan aku untuk berdikari secara total dan berdiri dengan kaki aku sendiri tanpa mengharapkan pergantungan kepada orang lain…jika dulu masa belajar kita boleh ajak kengkawan seperjuangan..wei jom pergi Sogo, Jalan Tar, Putrajaya!! Beruuuuuuuuuuuummmm!! Nek motor EX5 aku tu dengan pian….hehe…tapi kehidupan di alam pekerjaan jauh lebih berbeza dengan campus life….haha…sekarang belajar urus kewangan sendiri….merasa gaji atas titik peluh setelah berhempas pulas “memanusiakan manusia” di dalam bilik darjah dan apa yang penting sudah perlu untuk memikirkan masa depan masing masing…memikirkan kemana harus dikemudi bahtera ini agar senantiasa berada di bawah naunganNya…

Bermacam macam orang kita jumpa kan dan we learn to adapt and deal with all types of people as we go through our life….Ada orang begini…ada orang begitu..ah!! cukup mudah kita menilai manusia kan…sedangkan bak kata dalam cerita DONUT tu….”1 jari tunding ke arah orang./….4 jari lagi ke arah kita”….nauzubillah…moga terlindung daripada manusia manusia seperti dalam tafsiran surah As-Saf itu….besar kecelakaan kepada manusia seperti ini…..biasalah tu manusia…asam garam dalam kehidupan…warna warni..kalau nak semua warna hijau kesukaan aku jak…tak boleh lah..kena juga ada warna merah, hitam, biru, kuning dan sebagainya….baru best….ingat dalm diri….bukan kita sorang sahaja yang betul kat dunia nie….give and takes really important to make our life smoothly…huhu….
Nie nak habaq mai….banyak jugak perkara yang masa belajar dulu aku tak buat sekarang aku dah mula buat…haha…macam macam….tak kiralah negatif atau positif…biasalah manusia….huhu…kalau dulu tak pernah nak tendang bola coz maen bola adalah sport yang paling bahaya bagi aku dah aku try maen…penat memang lah penat..tak kiralah kaki bangku ke….kaki kerusi ker..dapat jak bola kasi tendang saja bha….men badminton pulak dulubaru nak belaja turun..ini jam...ada jer peluang aku turun maen dengan ustaz -ustaz dan cikgu-cikgu kat sini....huhu...layan jak....

Malam plak..kalau tak maen badminton kat Pitas...aku lepak dengan housemate kesayangan aku yang dua orang tu....huhu....budak baik dua orang tu..maka jadi lah baik sikit  aku nie...huhu..kalau tak..pasti hanyut dengan dunia yang penuh dengan fatahmorgana ini..menunggu mangsanya untuk dibaham ditelan meenjadi hamba hamba dunia...hurm...banyak aku blaja dengan mereka berdua nie....huhu..... kami masak, solat sesama neok citer pahtu ketawa macam tutttt...haha....seronok bha.....moga tergolong dalam orang yang bersyukur......insyaALLAH.....

Setiap minggu plak.......pasti ada program Usrah bersama-sama ustaz kat sini...seronok...kami berkumpul dapat berkongsi sedikit ilmu dengan mereka...menariknya...setiap minggu ada rumah akan diamanahkan menjadi Tuan Rumah untuk mengendalikan majlis dan apa yang penting menyediakan santapan untuk seisi ahli usrah selesai sahaja program.....best kan?? Time gaji keluar dan nak buat bayaran untuk segala tuntutan kami keluar ke Kota Marudu.....nak best sikit pergi Kota Kinabalu..shoppinglah sebelum masuk semula ke Pitas/Pinggan-Pinggan......begitulah rutin aku dan kebanyakan rakan rakan yang lain yang ada di sini......

Apapun tetap bersyukur dengan segalanya...Amin.......BOLEY BHA KALAU KAU!!!!

Thursday, July 7, 2011

Selesai Sudah Temuduga SPP

Alhamdulillah.......beberapa hari yang lalu....5 hb Julai 2011 tarikh agak mendebarfkan bagi aku coz masa tu ada temuduga di Kudat....Permohonan aku untuk memohon jawatan DG 41 iaitu PPPS yang hakiki iaitu Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah....aku tak keseorangan coz member seposting dengan aku....Naz dari Dalas dan Baihaqi dari Kesagaan juga ada interview pada hari yang sama....

Selesai semuanya..setelah berhempas pulas baca mana yang terpatut..huhu..masuk jak bha dalam dewan temuduga tu...membebel lah selama sejam..mana yang tahu tahulah..mana yang tak tahu tu main hemtam berilmu jak lah....kelakor ada....agak pening jugak memikirkan pasal temuduga tempoh hari....walau dah lepas..tapi penemuduga tu memang kene yang kakki teori agaknya..habis teori dia tnya semua...aku nie dah lama tak study..so...kepala otak jem lah sikit....
Antara soalan soalan yang lucu aku kene..haha.....napa nama awak hazwan...bukan khairi....huhu...aduh....hok tu pon demo nok tnyo....huhu...kawe royak lah apa yang patut....dia tak puas hati jugak..haha..nak dia jerk yang betul...wawawa.....

Tapi takpa...selesai sudah...aku puas hati....moga lulus dan moga dipermudahkan untuk melangkah ke peringkat seterusnya....insyaALLAH...,.


Alhamdulillah...Aku SUDAH DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP..huhu...baru dapat surat baru baru nie...terima kasih semua kepada yang mendoakan.....penat kena hentam dalam dewan temuduga pon aku tak kisah....asalkan lulus....alhamdulillah.....

Sunday, July 3, 2011

Namaku Remaja

Ya ALLAH......."namaku remaja" terlalu abstrak untuk diceritakan......cukup sengit untuk dikhabarkan pada seseorang yang tidak pernah mengerti makna sebuah pengertian......terhuyung hayang mengejar nafsu gelojak dunia yang tidak pernah puas mengonggong manusia agar terus sesat ke lembah penuh kehinaan....

"Namaku remaja" cubalah renung ke dalam diri yang jijik dengan penuh rasa kehambaan."Namaku Remaja" sudah lupa akan siapa pencipta segala langit dan bumi...."Namaku Remaja" sudah lupa ke mana harus di bawa diri..ke mana harus dikemudi diri yang sepatutnya menelusuri ke jalannya......"Namaku Remaja" mengabaikan janji denganNYA semasa di dalam kandungan....bahwa HIDUPku, SOLATku, IBADAHku,MATIku hanyalah kerana ALLAH SWT........"Namaku Remaja" terlalu rapuh sehingga tidak mampu berdiri dengan betul hapus dimamah angin sesepoi bahasa lantaran mengundang ribut murka MAHA PENCIPTA...

"Namaku Remaja" kini lupa tentang siapa diri ini..lupa tentang RAJA segala raja di dunia ini......"Namaku remaja" lupa dan tiada lagi sauh untuk berpaut tatkala betul betul jatuh....."namaku remaja" terlalu taksub dengan diri, kemewahan, ketampanan dan kecantikan sehingga lupa bahwa asal segala insan hanyalah daripada setitis air mani yang sgt jijik dan kotor....

"Namaku remaja" renung diri ini sejenak..apa yang telah dilakukan..apa yang kita lihat dengan mata kurniaanNYA..apa yang kita buat dengan kaki dan tangan hadiah daripadaNYA....apa yang kita buat dengan mulut hasil belas ihsan daripadaNYA...YA ALLAH banyaknya dosa dan titik hitam telah terlukis di hati "namaku remaja".....sedikit sebanyak..semakin hari semakin "namaku remaja" jauh denganNYA....

"Namaku Remaja" kini butuhkan satu batu loncatan untuk terus memperbaiki diri dan tidak mahu lagi terus berpaling ke lembah kemaksiatan....."namaku remaja" perlukan iman dan takwa buat bekalan di dunia juga diakhirat nanti...."namaku remaja" perlu berubah menjadi orang yang lebih baik...."namaku remaja" tidak perlu menjadi USTAZ/USTAZAH....tetapi cukup menjalankan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang diharamkan olehNYA.....cukup itu "namaku remaja".....walau lebih daripada itu lebih baik...namun cukuplah istiqamah dengan yang basic dan asas sahaja dahulu....

Hari ini "namaku remja" melihat wajah yang penuh dengan dosa dihadapan cermin...melemparkan pandangan yang cukup mendalam akan apa yang telah dilakukan selama ini...mampukan "namaku remaja" melaungkan dengan penuh pengertian bahawa AKU PEJUANG ALLAH satu laungan yang penuh pengertian buat yang mengerti tafsiran yang hakiki......"namaku remaja" tidak boleh menyalahkan permata Ayah Bonda sebagai kambing hitam...kelak ditujukan mereka 1 jari kembali 4 jari kepada "namaku remaja"......

"Namaku remaja" ingin menjadi yang lebih baik...bertaubat dan hidup bahagia diceruk mana "namaku remaja" ditetapkan..biar "namaku remaja" mengerti bahawa insan sekeliling lebih baik....namun biarlah berusaha menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa.....

Ya ALLAH..permudahkan "namaku remaja"........
Masa Lalu Tak MungkinKan Kembali
Detik Yang Lampau Tak Mungkin Dikupas Untuk Diperbaiki
Masa Akan Datang Alhamdulillah berada Dalam PengetahuanNYA
Namun, Masa ini Perlu Dicanang Untuk Mendidik Diri Menjadi Sebaik Hamba