Tuesday, August 17, 2010

Masalah Itu Didikan ALLAH



Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.
Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

insyaALLAH...aku akan cuba menghadapi dugaan ini...ini ujian untuk ku...insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran...namun hakikatnya hanya aku yang mengetahui sebab dan musabab mengapa aku lakukan sebegini...aku rela mendapat murka manusia daripada mendapat murka ALLAH..ini jihad bagi aku....
Ya ALLAH peliharalah aku daripada melakukan dan mengiyakan ujian ini....aku akur dengan ketentuanMU...aku ketahui Kau Maha Mengetahui bahwa aku mampu menanggung ujian ini.....Kau tak timpakan pada rakan rakan aku yang lain kerana Kau juga Maha Mengetahui bahawa mereka tidak mampu menangung ujian ini.....amin.....

Biarlah tidak punya sokongan manusia...kerana aku khuatir memohon sokongan manusia kerana bimbang tafsirang yang amat berbeza...apakah aku akan diterima...sudah semestinya tidak....jadi...hasbunalla wanikmal wakil..cukuplah ALLAH sebaik-baik pelindungku....
Akan aku jaga diri untuk bakal permaisuri hatiku dan zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan nanti...akan aku jaga diri untuk aku ukir sebuah dunia kecil bersama keluargaku nanti...Ya ALLAH kabulkan permintaan ini...akan aku tunggu masa dan ketika itu....tatkala masa itu tiba pastinya aku rebah dihadapanMu menatang jutaan syukur tanda terima kasih kepadaMu...masa itu akan tiba,,,harus ada sabar dalam setiap sesuatu....amin.......

Ahlan Wa Shalan Ya Ramadhan

Alhamdulillah....sudah lama tidak dapat mengupdate diari maya ku ini...terlalu banyak untuk disingkap sepanjang ketidakberadaanku di alam maya ini...sahaja mengasingkan diri cuba mencari ketenangan abadi di bumi waqafan ini.

Seronoknya.....aku kini dan seluruh umat Islam sudah berada dalam Ramadhan..hari ini kalau tidak silap sudah melangkah ke 8 Ramadhan..sudah 8 hari berlalu Ramadhan...masih berbaki 22 Ramadhan untuk mengumpul amalan dan pahala sebanyak-banyaknya...
Azam aku tahun ini, aku ingin berubah untuk  menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini...aku ingin tinggalkan segala masa silam yang sering menghantui ku lantaran bersorak gembira kerana berjaya membantutkan perkembangan potensi diri aku....insyaALLAH taubat ini biarlah yang sejati.....

  • Qiamullail
  • Iftar jami Kelab Asy-syakirin
  • Tadarus
  • Sedekah
  • Solat Sunat Syuruk dan Dhuha
  • banyak lagi...

Ini antara banyak lagi amalan yang dapat aku dan semua umat Islam dilaksanakan..namun ia tidak semudah berzam dan hanya dibibir sahaja...sebaliknya..ianya perlu diberikan dan diterjemahkan sebagai satu istiqamah dalam amalan yang hakiki....supaya meraih cinta Ilahi..amin....

P/S Selamat Berjaya Semut Kerdil.....Kau perlu berusaha lebih dan lebih lipat kali ganda..kerana Kau dan ALLAH tahu Kau Insan Istimewa....Hanya ALLAH yang tahu....apa yang tersirat tak mampu disuratkan.

Saturday, July 31, 2010

Going Down To Earth

Alhamdulilah...akhirnya dapat juga aku belajar mengaji.........ALLAH tunjukkan jalan.....

YAYASAN SEKOLAH ALQURAN KUALA LUMPUR
WISMAWARISAN
TINGKAT 7,JALAN YAP AH SHAK....
TEL : 0326913286

Semalam aku pergilah buat pendaftaran....hanya perlu bayar yuran RM 10 sebagai proses untuk membuat name tag....huhu..lepas tu ustaz tu buat lah test nak tentukan aku di peringkat mana.....
NIE LAH IQRA YANG AKU BELI KAT JALAN TAR....NAK BELAJAR NGAJI



Huhu...so...Im going down to earth......aku dah geti baca alquran...alhamdulillah...dah mengenal huruf...cuma mungkin tajwid aku terbalik dan ke laut lagi...alhamdulillah ALLAH tunjuk jalan...

So...hari ini class aku start...sabtu dan ahad...sekali sesi sejam...mula dengan IQRA 4...huhu...yes....seronok belajar dengan pak cik pak cik kat situ....semua baek dan murah dengan senyum...alhamdulillah...semangat mereka untuk belajar ayat-ayat ALLAH amat tinggi....

Hari ini....Ustaz Wan Hafeedz ajar aku pasal beberapa hukum tajwid....Mad Lin, Izhar Halqi, Izhar Syafawi dan hukum Mim Sakinah....

Seronoknya...walau sedikit tapi bermanfaat....insyaALLAH istiqamah sehingga habis belajar di maktab ni. Mudah mudahan bermanfaat untuk diri sendiri dan anak-anak aku nanti...amin....

P/S Alangkah baiknya daripada semester 1 lagi aku dah jumpa tempat nier...naperlah hati tak pernah tergerak dahulu...ini sekarang dah nak graduate baru nak cari tempat belajar mengaji..hehehehhe....namun...terima kasih dan bersyukur kepada ALLAH kerana DIA temukan juga akhirnya....dengan masa yang ada tah beberapa bulan sehingga tamat pengajian aku akan belajar bersungguh-sungguh....Amin...

Wak Gus Wak Lu

Salam....

Akhirnya dapat jugak amik gambar binatang kesayangan aku nier....huhu...

Nama mereka WAK GUS dan WAK LU...huhu...speceial from jawa...sebab tu nama mereka "WAK"....huhu...

Nielah Penghuni bilik aku yang baru...dah nak dekat dua minggu mereka temankan aku kat bilik nie....

huhu...kalau pegang dier mesti nak gigit....mungkin tak kenal bau tuan dier lagi kot....sakit jugak dier gigit....huhu...

Seronok bela mereka...tapi kene rajin selalu tukar habuk kayu dier...takut dier kencing banyak kali nanti berbau satu bilik...ngamuk roomate aku kang...huuhuhuu.....

Bolehlah buat maen bila kita buhsan...kalau ada masalah..duk cerita ngan mereka...walau tak pam...tapi talk to pets is one kind of treatment...huhu...alhamdulillah....


WAK GUS DAN WAK LU SEDANG BERHIBERNASI

ALAMAK TERJAGA..NGAMUK LAH DIER...

HUHU.....KO NAK APER...

SEDAPNYA DIORANG TIDUR......




Friday, July 30, 2010

Apakah Aku Akan Sendiri

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercnta...
Gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat hidup membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin ya Rabbal'Alamin.

(diambil daripada buku "Ya Allah, Aku Tidak Ingin Sendiri" tulisan Burhan Sodiq)

InsyaALLAH..bukan aku ingin meminta yang terbaik....namun aku akan cuma memperbaiki diri dahulu untuk melayakkan aku mendapat yang terbaik...itu kuncinya...amin....