Friday, October 22, 2010

Hari Raya 2010

Assalamualaikum....apa khabar semut kerdil..apa khabar semua pengunjung yang mengenali atau tidak mengenali.....sudah lama tidak mencoretkan coretan hati buat kenangan dalam blog ini...Maklumlah sangat sibuk dan busy sehingga terlupa untuk melakar cebisan kenangan di alam maya ini...alhamdulillah sekarang punya sedikit kesempatan.........

Hanya ingin berkongsi sedikit kenangan manis bersama sahabat tercinta tak kira yang lama dan baru dalam jelajah raya 2010 nie..banyak tempat dikunjungi buat kenangan meneruskan kehidupan...

Jelajah Raya Siri 1

Jelajah Raya Siri 3

Jelajah Raya Siri 4

Alhamdulillah...segala perjalanan dalam keempat-empat siri berjalan dengan amat lancar sekali..banyak tempat yang dilawati menyambung silaturahim...Terima kasih ALLAh kerana beri kesempatan kepada hamba mu ini untuk menelusuri mencari ketenangan atas jiwa yang sedang gundah gulana ini....



Terima Kasih kepada semua sahabat tempat kami berkunjung kerana sudi malayan dan menyediakan makanan yang enak enak sangat.....



Pernah aku dengar sebuah hadis yang mafhumnya...
"jika kita berkunjung ke rumah orang, tatkala kita keluar dari rumahnya..makanya kita meninggalkan segala dosa yang kita telah lakukan"...=p






Ya ALLAH hambamu ini ingin berubah..amin....

Sunday, September 12, 2010

BUat Hati Yang Ketandusan Cinta

 
Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.



Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Tuesday, August 17, 2010

Masalah Itu Didikan ALLAH



Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.
Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

insyaALLAH...aku akan cuba menghadapi dugaan ini...ini ujian untuk ku...insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran...namun hakikatnya hanya aku yang mengetahui sebab dan musabab mengapa aku lakukan sebegini...aku rela mendapat murka manusia daripada mendapat murka ALLAH..ini jihad bagi aku....
Ya ALLAH peliharalah aku daripada melakukan dan mengiyakan ujian ini....aku akur dengan ketentuanMU...aku ketahui Kau Maha Mengetahui bahwa aku mampu menanggung ujian ini.....Kau tak timpakan pada rakan rakan aku yang lain kerana Kau juga Maha Mengetahui bahawa mereka tidak mampu menangung ujian ini.....amin.....

Biarlah tidak punya sokongan manusia...kerana aku khuatir memohon sokongan manusia kerana bimbang tafsirang yang amat berbeza...apakah aku akan diterima...sudah semestinya tidak....jadi...hasbunalla wanikmal wakil..cukuplah ALLAH sebaik-baik pelindungku....
Akan aku jaga diri untuk bakal permaisuri hatiku dan zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan nanti...akan aku jaga diri untuk aku ukir sebuah dunia kecil bersama keluargaku nanti...Ya ALLAH kabulkan permintaan ini...akan aku tunggu masa dan ketika itu....tatkala masa itu tiba pastinya aku rebah dihadapanMu menatang jutaan syukur tanda terima kasih kepadaMu...masa itu akan tiba,,,harus ada sabar dalam setiap sesuatu....amin.......

Ahlan Wa Shalan Ya Ramadhan

Alhamdulillah....sudah lama tidak dapat mengupdate diari maya ku ini...terlalu banyak untuk disingkap sepanjang ketidakberadaanku di alam maya ini...sahaja mengasingkan diri cuba mencari ketenangan abadi di bumi waqafan ini.

Seronoknya.....aku kini dan seluruh umat Islam sudah berada dalam Ramadhan..hari ini kalau tidak silap sudah melangkah ke 8 Ramadhan..sudah 8 hari berlalu Ramadhan...masih berbaki 22 Ramadhan untuk mengumpul amalan dan pahala sebanyak-banyaknya...
Azam aku tahun ini, aku ingin berubah untuk  menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini...aku ingin tinggalkan segala masa silam yang sering menghantui ku lantaran bersorak gembira kerana berjaya membantutkan perkembangan potensi diri aku....insyaALLAH taubat ini biarlah yang sejati.....

  • Qiamullail
  • Iftar jami Kelab Asy-syakirin
  • Tadarus
  • Sedekah
  • Solat Sunat Syuruk dan Dhuha
  • banyak lagi...

Ini antara banyak lagi amalan yang dapat aku dan semua umat Islam dilaksanakan..namun ia tidak semudah berzam dan hanya dibibir sahaja...sebaliknya..ianya perlu diberikan dan diterjemahkan sebagai satu istiqamah dalam amalan yang hakiki....supaya meraih cinta Ilahi..amin....

P/S Selamat Berjaya Semut Kerdil.....Kau perlu berusaha lebih dan lebih lipat kali ganda..kerana Kau dan ALLAH tahu Kau Insan Istimewa....Hanya ALLAH yang tahu....apa yang tersirat tak mampu disuratkan.

Saturday, July 31, 2010

Going Down To Earth

Alhamdulilah...akhirnya dapat juga aku belajar mengaji.........ALLAH tunjukkan jalan.....

YAYASAN SEKOLAH ALQURAN KUALA LUMPUR
WISMAWARISAN
TINGKAT 7,JALAN YAP AH SHAK....
TEL : 0326913286

Semalam aku pergilah buat pendaftaran....hanya perlu bayar yuran RM 10 sebagai proses untuk membuat name tag....huhu..lepas tu ustaz tu buat lah test nak tentukan aku di peringkat mana.....
NIE LAH IQRA YANG AKU BELI KAT JALAN TAR....NAK BELAJAR NGAJI



Huhu...so...Im going down to earth......aku dah geti baca alquran...alhamdulillah...dah mengenal huruf...cuma mungkin tajwid aku terbalik dan ke laut lagi...alhamdulillah ALLAH tunjuk jalan...

So...hari ini class aku start...sabtu dan ahad...sekali sesi sejam...mula dengan IQRA 4...huhu...yes....seronok belajar dengan pak cik pak cik kat situ....semua baek dan murah dengan senyum...alhamdulillah...semangat mereka untuk belajar ayat-ayat ALLAH amat tinggi....

Hari ini....Ustaz Wan Hafeedz ajar aku pasal beberapa hukum tajwid....Mad Lin, Izhar Halqi, Izhar Syafawi dan hukum Mim Sakinah....

Seronoknya...walau sedikit tapi bermanfaat....insyaALLAH istiqamah sehingga habis belajar di maktab ni. Mudah mudahan bermanfaat untuk diri sendiri dan anak-anak aku nanti...amin....

P/S Alangkah baiknya daripada semester 1 lagi aku dah jumpa tempat nier...naperlah hati tak pernah tergerak dahulu...ini sekarang dah nak graduate baru nak cari tempat belajar mengaji..hehehehhe....namun...terima kasih dan bersyukur kepada ALLAH kerana DIA temukan juga akhirnya....dengan masa yang ada tah beberapa bulan sehingga tamat pengajian aku akan belajar bersungguh-sungguh....Amin...